VIDEO
VIDEO
Posted by
SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT
on
Monday, August 10, 2009
Satu program senamrobik telah diadakan pada pagi Jumaat bersamaan 7 Agos 2009 bertempat di dataran sekolah. Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dikendalikan guru-guru SKBL dan semua murid-murid dari pra sekolah hingga darjah 6 telah menyertai program ini. Berikut dipaparkan gambar sewaktu program dijalankan. Terima kasih kepada semua guru dan murid di atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan.
Posted by
SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT
on
Sunday, August 9, 2009
Pada 31 Julai 2009 telah diadakan makan malam bersama Raja Rosly atau lebih dikenali sebagai Pak Engku iaitu pengusaha Kuzie Catering yang cukup terkenal di Wisma PKPS, Shah Alam dimana majlis ini ditaja sendiri oleh Pak Engku sempena meraikan kenangan beliau bersama SKBL selaku exstudent SKBL. Satu replika cheque berjumlah RM 7000 telah disumbangkan oleh beliau kepada SKBL sebagai tanda menghargai jasa SKBL. Majlis berlangsung pada jam 8 malam sehingga 12.30 malam. Banyak Aktiviti yang diadakan seperti cabutan bertuah, nyanyian oleh artis-artis tempatan seperti Jaafar Onn, Mila AF, Rohana Jalil dan Ibnuriza serta guru-guru SKBL sendiri, tarian poco-poco dan sebagainya. Tema pakaian pada malam itu adalah tradisional klasik dan majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali.
Posted by
SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT
on
Sunday, August 2, 2009