20 November 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009.Justeru,satu majlis Wada ( perpisahan ) telah diadakan bersama-sama guru-guru dan murid SK batu Laut.Majlis dimulai dengan ucapan Us.Muhammad Ashari Jumingan selaku Guru Disiplin dikuti dengan majlis bersalam-salaman antar murid dan guru diiringi alunan Selawat.Kepada seluruh warga SK Batu Laut,diucapkan selamat bercuti dan kepada murid-murid tahun 6,selamat menempuh alam baru di sekolah menengah.Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Murid-murid Tahun 6 pada akhir persekolahan 2009

Guru-guru berpelukan dan bersalaman


Selamat bercuti ye dik!Harapan semoga cuti ini digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, November 22, 2009
2 comments
categories: | edit post

Pada 19 November 2009 yang lalu,satu majlis meraikan persaraan salah seorang kakitangan SK Batu Laut iaitu En. Zainuddin bin Adnan telah diadakan.Beliau yang merupakan Pembantu Am Rendah ( PAR ) telah berkhidmat dalam jawatan tersebut selam 40tahun iaitu sejak tahun 1969 dan merupakan satu jangka masa yang lama.Sewaktu ucapan aluannya,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan kerana telah mengadakan majlis tersebut.Beliau juga menyatakan walaupun telah bersara daripada tugas,namun beliau akan tetap menyumbang khidmat bakti kepada sekolah sekiranya diperlukan.Kepada En Zainudddin,kami warga SK Batu Laut mengucapkan selamat bersara dan semoga bahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.

En. Zainuddin diarak menaiki kereta ' sumbangan' En Aminuddin Sarmiran

Murid-murid turut serta meraikan majlis.

Bersalaman dengan murid-murid SKBL.

En Zainuddin diraikan dalam majlis jamuan tengahari.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post

Alhamdulillah..setelah berhempas pulas mengerah keringat,masa dan segalanya maka keputusan UPSR 2009 telah selamat diumumkan.Hasilnya,4 orang murid SK Batu Laut mendapat 5 A.Mereka ialah :

1. Norhidayah bt Razali
2. Syafikah bt Mohd Nor
3. Nasihah Sakinah bt Saadon
4. Noraqilah bt Abdul Aziz

Manakala seramai 8 orang mendapat 4A 1 B dan seorang mendapat 4A 1 C.Keputusan keseluruhan pada tahun ini menurun dengan SK Batu Laut memprolehi 48 peratus.Sekolah terbaik peringkat daerah Kuala Langat pada tahun ini disandang oleh SK Sri Langat.Tahniah buat semua yang berjaya.

Keputusan UPSR 2009

Murid-murid tahun 6 menerima slip peperiksaan daripada Ckgi Amizah
Mohon keberkatan..Menerima ucapan tahniah daripada guru

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post

Pada 18 November 2009,SK Batu Laut telah mengadakan Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan 2009 bagi mengiktiraf kejayaan dan pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid sekolah ini.Majlis pada tahun ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Hj Mohd Satim bin Diman,ADUN Sri Serdang yang juga merupakan bekas murid SK Batu Laut pada tahun 60 an.Turut hadir dalam majlis ini ialah beberapa orang bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya dan menempa nama di dalam bidang masing-masing.Turut serta ialah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat di sekitar Kampung Batu Laut.

Majlis dimulai pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Ashari bin Jumingan diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG En Alias bin Atimin.Seterusnya disusuli dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Batu Laut,En Jamin bin Walim sebelum ucapan perasmian oleh YB Dato' disusuli majlis penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya meliputi pelbagai bidang.


Majlis pada tahun 2009 ini menyaksikan 5 orang murid sekolah ini dinobatkan sebagai tokoh pelajar 2009.Mereka ialah :

1. Tokoh Murid ( Lelaki ) : Mohd Azani bin Zaharudin

2. Tokoh Murid ( Perempuan ) : Nasihah Sakinah bt Saadon

3. Tokoh Ko Kurikulum ( Lelaki ) : Mohd Fauzan bin Ismail

4. Tokoh Ko Kurikulum ( Perempuan ) : Noraqilah Shahirah bt Abd Aziz

5. Anugerah Khas Murid : Norhidayah bt Razali

Majlis anugerah yang disifatkan antara yang paling meriah dalam sejarah penganjurannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibubapa.Semoga majlis akan menyuntik semangat kepada murid-murid yang lain untuk mencipta kejayaan pada masa-masa akan datang.











Tokoh Murid 2009.( Dari kiri: Fauzan,Azani,Sakinah,Aqilah dan Hidayah )

YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya.


YB Dato' Satim sedang menyampaikan anugerah kepada salah seorang murid yang berjaya.

Nasyid oleh 4 Melur

Koir oleh Tahun 6

Tarian oleh murid Prasekolah

Persembahan ' Simple Song' oleh murid 3 Melur

Persembahan Nasyid oleh Kump al Rahman ( Tahun 4 Melur )

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Dr Satim Diman

Antara tetamu yang hadir

Ketibaan YB Dato' disambut dengan paluan kompang.

Pameran Pusat Sumber dan NILAM oleh Pusat Sumber Kg Ladang
dan Pusat Sumber SK Batu Laut

Kumpulan Kompang Kg Batu Laut..Bersiapa sedia menanti kedatangan perasmi.



Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, November 18, 2009
0 comments
categories: | edit post

Pelbagai program dilaksanakan sepanjang minggu khusus untuk mengisi ruang yang terluang bagi murid tahun 6 usai peperiksaan UPSR yang bakal diumumkan pada 19.11.2009 nanti.Diantara program yang dilaksanakan ialah :


1. Jelajah Berbasikal melawat ke kilang kelapa sawit di Kg Ladang Batu

2. Lawatan Sambil Belajar ke kilang perusahaan membuat kek lapis.

3. Lawatan ke ladang lengkuas di Kg Ladang Batu

4. Lawatan Sambil Belajar ke kilang cendawan di Kg Ladang Batu

5. Lawatan Muhibbah ke rumah En Muslim bin Ngadi di Kg Kundang

6. Pertandingan Nasyid antara kumpulan.

Secara keseluruhannya,program ini berjaya dan telah memberi satu pengalaman baru kepada para peserta dan di samping itu ianya menjadi kenannagan yang indah kepada mereka sebelum meninggalkan SK Batu Laut.Buat seluruh tahun 6,moga mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR..Amin



Di rumah En Muslim Ngadi




Bergambar kenangan di rumah En Muslim Ngadi

Para peserta sedang mendengar penerangan di kilang cendawan


Guru bergambar kenangan bersama pemilik kilang cendawan,
En Kahar ( berdiri 3 dari kanan )


Penerangan mengenai proses penanaman cendawan oleh En Kahar


Perusahaan Cendawan milik En Kahar di Kg Ladang Batu


Ladang lenkuas di Kg Ladang Batu

Peralatan untuk menghasilkan kek lapis.


Guru-guru yang mengiringi konvoi selaku marshal

Para peserta berehat sambil membaiki basikal sebelum meneruskan perjalanan.


Persembahan nasyid oleh murid lelaki

Memukau...persembahan acapela daripada peserta perempuan

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Tuesday, November 17, 2009
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2