Pada hari Jumaat ( 29 Januari 2010 ),satu majlis meraikan guru dan kakitangan SK Batu Laut telah diadakan bertempat di kantin sekolah.Majlis yang diadakan 2 dalam 1 anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) ini adalah untuk meraikan guru dan kakitangan baru di SK Batu Laut dan juga meraikan perpisahan guru dan kakitangan yang bertukar ke tempat baru.Mereka yang diraikan sebagai guru dan kakitangan baru ialah Guru Besar SK Batu Laut ,En Mohd Nadzri bin Othman ( sebelum ini bertugas di PPD Kuala Langat ), En.Muruganathan a/l Arimugan ( guru baru KPLI Bahasa Inggeris / Matematik ),Puan Nordiana bt Abd Rani ( guru baru KPLI Pemulihan ) dan En Shahrul Izwan bin Mohd Arif ( Pembantu Am Pejabat ).Manakala mereka yang diraikan dalam majlis perpisahan ialah mantan Guru Besar SK Batu Laut En Jamin bin Walim ( sekarang bertugas di PPD Kuala Langat ),En. Ahmad Firdaus ( bertukar ke Yan,Kedah ) dan Puan Misdah bt Salimen ( bertukar ke SK Morib ).
Majlis yang dipengerusikan oleh En. Aminuddin Hj. Sarmiran dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ashari Jumingan diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar SK Batu Laut dan disusuli dengan ucapan mereka yang diraikan.Majlis juga diserikan dengan paparan slide show yang mengisahkan nostalgia dan kenangan guru dan kakitangan SK Batu Laut.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebelum para hadirin menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Kepada guru dan kakitangan baru,diucapkan selamat datang ke SK Batu Laut dan kepada mereka bertukar,selamat tinggal dan selamat bertugas di tempat baru dengan membawa pengalaman dan kenangan di SK Batu Laut.Semoga berjaya!


En Firdaus menerima cenderamata daripada Guru Besar

Penyampaian cenderamata kepada Puan Misdah


Mantan Guru Besar,En Jamin menerima cenderamata daripada Tuan Guru Besar


Tetamu yang diraikan



Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Saturday, January 30, 2010
0 comments
categories: | edit post

Bertempat di Dewan Dato' Suhaimi SK Batu Laut,pihak SK Batu Laut melalui AJK Guru-Guru Tahun 6 telah mengadakan Program Motivasi Penjaga dan Murid-murid Tahun 6 pada hari Sabtu ( 23 Januari 2010 ).Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran penjaga dan murid tahun 6.Program ini juga dihadiri oleh Guru Besar SK Batu Laut,En. Mohd Nadzri bin Othman dan YDP PIBG,En. Alias bin Atimin.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi bin Hj Salim dan disusuli dengan ceramah motivasi oleh Yang Berbahagia En Saiful Anuar bin Hj.Basran,Guru Cemerlang Matematik SK Telok Panglima Garang yang juga merupakan seorang pakar motivasi.Dalam ceramahnya,beliau banyak memberikan tips dan pendedahan kepada ibu bapa dan juga murid-murid tahun 6 mengenai petua melahirkan murid yang cemerlang.Gaya penyampaian beliau menarik telah minat audien terutama murid-murid yang juga merupakan calon-calon UPSR SK Batu Laut 2010.
Selesai ceramah,program diteruskan dengan majlis Taklimat dan Dialog Penjaga bersama Guru-Guru Tahun 6.Program tersebut dikendalikan oleh Puan Hajjah Salina bt Hussin di mana dalam majlis tersebut,para penjaga murid tahun 6 dibentangkan mengenai aktiviti dan perancangan khusus untuk tahun 6 sepanjang tahun 2010 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang dijadualkan pada bulan September nanti.Majlis tersebut mendapat respon yang sangat positif daripada para penjaga dan segala perancangan yang dirangka oleh pihak sekolah mendapat persetujuan daripada semua pijak.Program diakhiri dengan jamuan makan dan tamat pada jam 12.30 tengahari.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut.Semoga dengan sokongan semua pihak akan membantu meningkatkan lagi prestasi calon-calon UPSR SK Batu Laut pada tahun ini.

En Saiful Anuar sedang menyampaikan ceramahnya.

Salah satu slot motivasi yang berjaya mengusik emosi dan perasaan audien.

Sebahagian ibu bapa yang hadir.

Pn.Hjh Salina sedang mempengerusikan majlis dialog bersama
penjaga murid tahun 6


Salah seorang penjaga sedang bertanyakan soalan.

Tuan Guru Besar SK Batu Laut,En Mohd Nadzri ( dua dari kiri ) menyampaikan cenderahati kepada En Saiful disaksikan oleh YDP PIBG,En Alias Atimin

Para penjaga menjamu selera jamuan yang disediakan.

Murid-murid juga tidak ketinggalan untuk menjamu selera.





Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, January 24, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada hari Rabu ( 20 Januari 2010 ) yang lalu,SK Batu Laut melalui unit Kokurikulum telah mengadakan Latihan Merentas Desa peringkat sekolah kali pertama.Mengikut jadual,latihan tersebut akan diadakan sebanyak dua kali sebelum pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2010 tersebut dijalankan.Latihan tersebut melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6 dan melalui beberapa 'check point' yang diawasi oleh guru-guru dan marshal yang bertugas.Sebelum larian dimulakan para peserta terlebih dahulu menjalani latihan pemanas badan ( warming up ) diketuai oleh En.Murugaanathan dan dilepaskan pada jam 5.00 petang mengikut tahun.Latihan tersebut tamat pada jam 5.40 petang dan latihan kedua akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Antara guru yang bertindak sebagai marshal.

Guru-guru sedang menunggu para peserta di check point.

Letih tapi gembira.Sebahagian ragam murid yang sempat dirakam semasa larian.


Murid-murid mengadakan latihan pemanas badan di ketuai oleh En Muru.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post

Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010 telah berjalan dengan lancar menyaksikan murid-murid baru tahun 1 SK Batu Laut yang sebelum ini terlibat dengan hari orientasi telah memulakan persekolahan mereka pada hari tersebut.Seawal 7.00 pagi ibu bapa telah menghantar anak mereka ke sekolah.Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan.Bagi murid-murid tahun 2 hingga 6 proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dijalankan seawal hari pertama walaupun guru-guru sibuk menguruskan sususan kelas dan pembayaran yuran.Kepada warga SK Batu Laut,diucapkan selamat belajar denagan azam dan semangat baru.Semoga tahun 2010 ini memberi kejayaan dan kecemerlangan buat SK Batu Laut.


Penjaga tahun 1 menunggu anak mereka di luar kelas.

Penjaga tahun 1 memerhatikan anak mereka

Suasana di kelas tahun 1

Wajah-wajah murid tahun 1 2010

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Thursday, January 7, 2010
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2