Pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 yang lalu,bertempat di gelanggang bola tampar SK Batu Laut,telah dilancarkan Program Sambutan Ihya Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh keberkatan.

Majlis yang dianjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Sofiah bt.Zaib,murid tahun 5 Melur yang juga merupakan Naib Johan MTQ Zon Selatan tahun 2010.Majlis disusuli dengan ucapan aluan oleh Ustaz Suhaimi bin Hj.Salim selaku Ketua Panatia Pendidikan Islam dan ucapan perasmian oleh En.Mohd Nadzri bin Othman selaku Guru Besar SK Batu Laut.Kemuncak majlis ini ialah upacara memotong riben pada 'bunting' yang juga disempurnakan oleh Tuan Guru Besar menandakan bermulanya Sambutan Ihya Ramadhan peringkat SK Batu Laut.Majlis diteruskan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Jainab bt Salan,Guru Pendidikan Islam SK Batu Laut.Majlis bersurai pada jam 8.30 pagi.






Banner Program Ihya Ramadhan 2010

Guru-guru lelaki merakamkan foto kenangan sempena 1 Ramadhan.

Ustazah Siti Jainab sedang menyampaikan tazkirah.


Upacara memotong riben disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

En.Mohd Nadzir sedang menyampaikan ucapan perasmian program.

Ucapan aluan oleh Ustaz Suhaimi Haji Salim,Ketua Panatia Pendidikan Islam.

Alunan wahyu Ilahi oleh Adik Sofiah bt Zaib

Murid-murid pra tidak ketinggalan mengikuti majlis pelancaran Ihya Ramadhan.

Barisan guru-guru yang turut serta memeriahkan majlis.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, August 11, 2010
0 comments
categories: | edit post


Seluruh warga SK Batu Laut mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.Semoga Allah merahmati segala usaha kita dan menerima amal ibadat kita pada bulan yang mulia ini.Kullu Am Wa Antum Bi Khair.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Tuesday, August 10, 2010
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2