Kami seluruh warga SK batu Laut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Kullu Am Wa Antum Bikhair.Minal Aidin Wal Faizin.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, September 26, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 1 dan 2 September 2010,PIBG dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SK Batu Laut telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih serta Majlis Khatam al Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim.Pada majlis tersebut melibatkan guru-guru dan kakitngan,para penjaga Tahun 6 dan anak-anak yatim SKBL 2010.Majlis dimulai dengan majlis jamuan berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib berjamaah,solat hajat UPSR dan bacaan Yasin serta Solat Isyak dan Tarawih berjamaah dipimpin oleh Ustaz Ridhuan bin Nahar al-Hafiz guru Maahad Tahfiz Sains Integrasi (MITIB ) Istana Bandar.Majlis diakhiri dengan jamuan moreh pada jam 10.00 malam

Sementara itu,seramai 80 orang murid tahun 6 SK Batu Laut telah menyertai Majlis Khatam al Quran sempena Ihya Ramadhan 2010.Majlis dimulai pada 10.00 pagi dan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ashari Jumingan.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Dr.Haji Abd Karim Mansor ( ADUN Tanjung Sepat ) yang juga merupakan penyumbang utama dalam program Ihya Ramadhan ini.Beliau turut berbesar hati menyampaikan ucapan dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim.Majlis ini juga diselang selikan dengan persembahan murid seperti sajak dan bercerita dari kisah al Quran.Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.





Majlis penyampaian bunga telur turut dimeriahkan dengan penglibatan guru-guru praktikum dari IPGM Batu Pahat.

Salah seorang anak yatim sedang menerima sumbangan Hari Raya daripada Adun Tanjung Sepat.

YB Dato' Dr. Haji Abdul Karim sedang menyampaikan ucapan.

Guru-guru dan murid-murid sedang khusyuk mengikuti majlis Khatam al-Quran.

Murid-murid tahun 6 yang mengambil bahagian dalam majlis Khatam al-Quran.

Antara jemaah muslimat yang turut serta dalam majlis bacaan Yasin.

Majlis membaca Yasin dan solat hajat.

Murid-murid tidak ketinggalan berbuka puasa di bawah khemah terbuka.

Antara juada berbuka puasa yang dihidangkan.

Anak-anak yatim dan para penjaga yang diraikan pada majlis berbuka puasa.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Saturday, September 4, 2010
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2