Bertempat di kantin SK Batu Laut,pada 15 Januari 2011 yang lalu telah diadakan majlis perpisahan dan meraikan guru SK Batu Laut tahun 2011.Majlis perpisahan ini diadakan kerana beberapa orang guru sekolah ini telah bertukar ke sekolah lain.Mereka ialah Puan Hajjah Azizah bt Ibrahim yang bertukar ke SJKC Chong Hwa Banting,Puan Norsidah bt.Buang dan Puan Mariam bt Abd Ralip bertukar ke SJKC Tanjung Sepat, Cik Amizah bt Ramlan bertukar ke SK Bandar Banting,Puan Hajjah Zaliha bt. Kasni ke SJKT Ladang Gadong,Puan Mazlina bt Burhan bertukar ke SK Sri Maimun,Segamat Johor dan En.Murugananthan bertukar ke SK La Salle Petaling Jaya.Manakala guru baru yang diraikan ialah En.Ahmad Ridwan,guru KPLI dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa dan En K.Ravindran guru KPLI dari IPGM Kampus Teknik.

Majlis yang dipengerusikan oleh En. Aminuddin bin Haji Sarmiran ini disertai oleh warga Kelab Guru dan Kakitangan ( KKGK ) telah dimulai dengan bacaan doa seterusnya ucapan Guru Besar SK Batu Laut,En. Mohd Nadzri bin Othman.Suasana majlis menjadi hening seketika apabila guru-guru yang terlibat dengan pertukaran sekolah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan.Rata-rata mereka berasa sedih apabila mengenangkan kenangan dan nostalgia lalu bersama warga SK Batu Laut terutama sewaktu mengharungi perjuangan dalam dunia pendidikan bersama warga guru di SK Batu Laut.
Majlis seterusnya disambung dengan jamuan tengahari dan majlis penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang diraikan.Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dengan diiringi alunan selawat.Kepada guru-guru yang bertukar,kami seluruh warga SK Batu Laut mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua,doa kami semoga anda semua terus sukses dan lebih cemerlang dalam dalam mengharungi dunia pendidikan di tempat yang baru.Dan kepada guru-guru baru,kami ucapkan selamat datang.Semoga anda gembira menjadi warga SK Batu Laut dan dapat memberikan khidmat yang cemerlang untuk kejayaan anak bangsa.





Puan Mazlina menerima cenderahati daripada En. Mohd Nadzri

Ucapan oleh En. Murugananthan

Puan Norsidah sedang menyampaikan ucapan.

Bingkisan oleh Cik Amizah Ramlan.

Ucapan oleh Puan Hajjah Azizah.

Guru-guru yang diraikan.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Saturday, January 22, 2011
0 comments
categories: | edit post











Bersempena sesi baru persekolahan tahun 2011,seluruh warga SK Batu Laut mengucapkan Selamat Belajar kepada murid-murid SKBL dan Selamat Menempuh Alam Baru Persekolahan kepada murid-murid Tahun Satu.Kepada murid-murid Tahun 6,semoga mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2011.Selamat Maju Jaya.Tahun Baru..Semangat dan azam baru..

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Thursday, January 13, 2011
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2