Kelas Pra Sekolah
Bilik pra sekolah ini terletak di sebelah hujung blok A yang merupakan sebuah bilik darjah sejak tahun 60-an. Proses pembinaan dapur dan mengubahsuai kelas telah dimulakan pada bulan Ogos 2002 dan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2002. Kelas pra sekolah mula dibuka pada 3 Januari 2003 untuk majlis suai kenal pelajar sulungnya seramai 25 orang dan mula beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.


Matlamat
Pendidikan Pra sekolah bertujuan untuk menyuburkan murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


Sesi Persekolahan
Isnin - Jumaat (sesi pagi)

Isnin :
7.40 am - 11.30 am

Selasa - Jumaat :
8.00 am - 11.30 am
Suasana Kelas
Sudut Pembelajaran
Sudut Informasi
Tandas yang bersih

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Tuesday, July 28, 2009
0 comments
categories: | edit post

Lencana Sekolah



Lilin melambangkan guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan.


Rantai besi melambangkan kekuatan, keteguhan dan perpaduan.


Padi melambangkan makanan asasi rakyat.


Warna biru melambangkan keluhuran dan kesucian hati


Warna kuning melambangkan ketingian agama.


Bendera melintang melambangkan negeri selangor.


Lencana ini mula digunakan oleh murid-murid secara rasmi pada tahun 1969.




Pintu Gerbang

Blok A


Blok B


Blok C



Blok D



Pusat Sumber Sekolah

Bengkel Kemahiran Hidup

Taman Pertanian

Sudut Kokurikulum

Bilik APD/Muzik

Bilik Rawatan





Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Monday, July 27, 2009
categories: | edit post

Sejarah Sekolah
Pada tahun 1917, sebuah bangunan yang beratap nipah, berdinding bertam dan berlantaikan simen telah didirikan berhampiran Masjid Lama, berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Laut. Disinilah bermulanya Sekolah Melayu Batu laut. Muridnya berjumlah 62 orang dan dipimpin oleh Cikgu Ahmad yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka.


Pada tahun 1927, seramai 248 orang murid telah mendapat didikan di sini. Disebabkan jumlah pelajar semakin bertambah, sebuah sekolah baru telah dibinadi tapak sekolah sekarang dan dikenali dengan nama Sekolah Umum Batu Laut. Guru Besar itu ialah Encik Mohd Ali b. Ahmad.




Lagu Sekolah
Sekolah Kebangsaan Batu Laut

Megah berdiri indah

Muridnya bersatu, sedia berusaha

Menuju cita mulia

Sekolah Kebangsaan Batu Laut

Semoga berjaya

Mencapai hasrat murni

Demi nusa dan bangsa.


Bendera Sekolah



Reka bentuk ilham Encik Muhammad b. Ajim dan dibantu Harun b. Hassan.

Terdiri daripada 2 warna iaitu biru di sebelah bawah dan putih di sebelah atas.

Lambang lencana sekolah di tengahnya.

Warna biru melambangkan ketekunan belajar murid-murid dan berpandangan luas.

Warna putih beerti kemuliaan, kesucian dan kebersihan rohani serta jasmani.

Bendera ini mula dikibarkan pada hari isnin, 15 September 1979.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
categories: | edit post









Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan blog Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat. Blog ini diharapkan akan menjadikan medium komunikasi yang berguna untuk warga sekolah memperolehi maklumat, menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas serta mengutarakan sebarang masalah dan ketidakpuasan hati.

Saya juga mengharapkan supaya pengguna blog ini akan menggunakan semua kemudahan yang terdapat dalam blog SKBL ini dengan cara yang berhemah, berbudi bahasa yang tinggi serta niat yang luhur. Sebagai sebuah sekolah adalah amat penting untuk kita menampilkan hemah dan pekerti yang tinggi khususnya apabila berbicara dan mengutarakan sebarang pendapat, cadangan mahupun komentar. Blog ini seharusnya menjadi medan utama untuk menyalurkan informasi dan maklumat kepada para pelanggan sekolah khususnya para ibu bapa dan semua pihak yang berminat. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat dan memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini.

Saya juga mengharapkan semoga semua kemudahan ICT yagn disediakan oleh Kerajaan akan digunakan secara maksimum demi untuk manfaat dan kepentingan P&P murid-murid dan guru. Amatlah penting bagi kita untuk membuktikan bahawa SKBL mampu menjadi benchmark untuk tujuan sekolah-sekolah lain.


Sekian, terima kasih.


Mohd Nadzri bin Othman

Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat




Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, July 26, 2009
categories: | edit post


Program ini dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling PIBG dan unit kurikulum bertujuan untuk memantapkan pencapaian murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Sasaran adalah pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Ia berlangsung pada 1 - 5 Jun 2009 di dewan Dato' Haji Suhaimi, Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Program ini dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Hamidah AB Rahim dan guru besar SKBL En. Jamin bin Walim sebagai penasihat.





Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian bertulis : 8 - 10 September 2009
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Ujian bertulis : 7 - 9 Oktober 2009
12 - 13 Oktober 2009
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Amali : 20 - 22 Oktober 2009
26 - 27 Okteber 2009
Ujian Bertulis : 19 November - 16 Disember 2009
Sumber : Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on









Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, July 22, 2009

  • Alamat : Tanjung Sepat, 42800 Kuala Langat, Banting Selangor
  • Tel : +603-31481276
  • Fax : +603-31481276

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Tuesday, July 21, 2009
categories: | edit post

Pada 13 dan 14 July 2009 telah diadakan percubaan UPSR peringkat sekolah dimana seramai 88 orang murid tahun 6 sekolah ini telah menghadirinya. Dan seramai 3 orang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Nasihah Sakinah bt. Saadon, Aqilah Syahirah dan Hidayah Razali.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on

Pada malam jumaat yang lepas bersamaan 16 Julai 2009 bermula 7.00 malam telah diadakan majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi mendoakan untuk murid-murid sk batu laut yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Zamrul bin Mohd Aslie dan penceramahnya ialah En. Saiful Anuar Basiran(SKTPG). Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on










Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on




Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2