Kelas Pra Sekolah
Bilik pra sekolah ini terletak di sebelah hujung blok A yang merupakan sebuah bilik darjah sejak tahun 60-an. Proses pembinaan dapur dan mengubahsuai kelas telah dimulakan pada bulan Ogos 2002 dan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2002. Kelas pra sekolah mula dibuka pada 3 Januari 2003 untuk majlis suai kenal pelajar sulungnya seramai 25 orang dan mula beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.
Matlamat
Pendidikan Pra sekolah bertujuan untuk menyuburkan murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Sesi Persekolahan
Isnin - Jumaat (sesi pagi)
Isnin :
7.40 am - 11.30 am
Selasa - Jumaat :
8.00 am - 11.30 am
Suasana Kelas

Sudut Pembelajaran

Sudut Informasi

Tandas yang bersih

0 comments