Pada 9 Julai 2010 yang lepas,SK Batu Laut melalui Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis ceramah Israk Mikraj bagi tahun 2010.Program tersebut merupakan salah satu agenda di dalam program menyambut Hari-hari Kebesaran Islam.Majlis ceramah ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid mengenai salah satu peristiwa penting di dalam sejarah kehidupan Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj.Penceramah jemputan pada majlis ini ialah Ustazah Norsaadah bt.Hj.Mohd Basiron,Guru j-QAF dari SK Sungai Lang Tengah.Banyak maklumat dan percambahan ilmu yang disampaikan oleh penceramah berkisar tentang peristiwa Israk Mikraj tersebut.Semoga majlis ini dapat diambil iktibar dan pedoman oleh semua.



Puan Norsaadah sedang menyampaikan ceramahnya.

Ustazah Norsaadah menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan.


Murid-murid sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Cenderamata kenangan daripada pihak sekolah disampaikan oleh Puan Habsah Johari Pen Kanan HEM.




Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, July 11, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 6 Julai 2010 yang lalu,Kelab Guru dan Kakitangan ( KGKK ) Sk Batu Laut telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Kelab Guru dan Kakitangan SMK Batu Laut bertempat di Dewan Permata SMK Batu Laut.Perlawanan yang telah lama dirancang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahmi antara kedua buah sekolah yang berjiran.Sebelum perlawanan dimulakan,majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan daripada wakil kedua-dua pasukan dan majlis bertukar-tukar cenderamata.

Perlawanan badminton ini turut diserikan dengan kehadiran Guru Besar SK Batu Laut,En.Mohd Nadzri Othman dan En.Zailani selaku Pen Kanan HEM SMK Batu Laut.Pada perlawanan tersebut seramai 5 buah regu telah mengambil bahagian dan berkesudahan dengan SMK Batu Laut menewaskan SK Batu Laut dengan keputusan 3-1.Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi di antara kedua-dua buah sekolah.Program yang bermula pada jam 8.30 malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.



Bergambar kenangan selepas tamat perlawanan.

Menyelerakan...Juadah yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

SKBL Fan Club..Turut memeriahkan program.

Antara aksi hebat yang sempat dirakam.


Majlis bertukar-tukar cenderamata.

Ucapan daripada wakil SMK Batu Laut.


Pengerusi KGKK SK Batu Laut,En Mahadi Hamid sedang memberikan ucapan aluan.




Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2