Sejarah Sekolah
Pada tahun 1917, sebuah bangunan yang beratap nipah, berdinding bertam dan berlantaikan simen telah didirikan berhampiran Masjid Lama, berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Laut. Disinilah bermulanya Sekolah Melayu Batu laut. Muridnya berjumlah 62 orang dan dipimpin oleh Cikgu Ahmad yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka.


Pada tahun 1927, seramai 248 orang murid telah mendapat didikan di sini. Disebabkan jumlah pelajar semakin bertambah, sebuah sekolah baru telah dibinadi tapak sekolah sekarang dan dikenali dengan nama Sekolah Umum Batu Laut. Guru Besar itu ialah Encik Mohd Ali b. Ahmad.




Lagu Sekolah
Sekolah Kebangsaan Batu Laut

Megah berdiri indah

Muridnya bersatu, sedia berusaha

Menuju cita mulia

Sekolah Kebangsaan Batu Laut

Semoga berjaya

Mencapai hasrat murni

Demi nusa dan bangsa.


Bendera Sekolah



Reka bentuk ilham Encik Muhammad b. Ajim dan dibantu Harun b. Hassan.

Terdiri daripada 2 warna iaitu biru di sebelah bawah dan putih di sebelah atas.

Lambang lencana sekolah di tengahnya.

Warna biru melambangkan ketekunan belajar murid-murid dan berpandangan luas.

Warna putih beerti kemuliaan, kesucian dan kebersihan rohani serta jasmani.

Bendera ini mula dikibarkan pada hari isnin, 15 September 1979.

Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Monday, July 27, 2009
categories: edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2