Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan blog Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat. Blog ini diharapkan akan menjadikan medium komunikasi yang berguna untuk warga sekolah memperolehi maklumat, menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas serta mengutarakan sebarang masalah dan ketidakpuasan hati.

Saya juga mengharapkan supaya pengguna blog ini akan menggunakan semua kemudahan yang terdapat dalam blog SKBL ini dengan cara yang berhemah, berbudi bahasa yang tinggi serta niat yang luhur. Sebagai sebuah sekolah adalah amat penting untuk kita menampilkan hemah dan pekerti yang tinggi khususnya apabila berbicara dan mengutarakan sebarang pendapat, cadangan mahupun komentar. Blog ini seharusnya menjadi medan utama untuk menyalurkan informasi dan maklumat kepada para pelanggan sekolah khususnya para ibu bapa dan semua pihak yang berminat. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat dan memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini.

Saya juga mengharapkan semoga semua kemudahan ICT yagn disediakan oleh Kerajaan akan digunakan secara maksimum demi untuk manfaat dan kepentingan P&P murid-murid dan guru. Amatlah penting bagi kita untuk membuktikan bahawa SKBL mampu menjadi benchmark untuk tujuan sekolah-sekolah lain.


Sekian, terima kasih.


Mohd Nadzri bin Othman

Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat




Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, July 26, 2009
categories: edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2