Bertarikh 9 hingga 11 April 2010 yang lalu,pihak SK Batu Laut dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Kampung Fikri,Sungai Tong Setiu Terengganu.Lawatan ini disertai seramai 43 orang deligasi dan diketuai oleh En.Mohd Nadzri Othman selaku Guru Besar SK Batu Laut dan juga En Alias Atimin selaku YDP PIBG SK Batu Laut.Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan rahsia kejayaan yang telah diraih oleh SK Kampung Fikri yang merupakan sekolah terbaik di negeri Terengganu dan salah satu sekolah terbaik di Malaysia dalam pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ).Banyak maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada lawatan tersebut.Selain itu juga,ahli rombongan sempat meluangkan masa untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar negeri Terengganu.Semoga lawatan penanda aras ini akan menjadi pendorong kepada warga SK Batu Laut untuk mencontohi SK Kampung Fikri dalam meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan UPSR.
Pada 27 Mac 2010 Sk Batu Laut telah menjadi tuan rumah Majlis Tadarus al Quran ( MTQ ) peringkat zon Selatan ( 1 ) yang melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Morib,SK Tanjung Sepat dan SK Kampung Endah.Sebanyak 3 buah acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah al Quran,Hafazan al Quran dan Bercerita Kisah Dari al Quran.Majlis ini telah dirasmikan oleh YGBHG Ustaz Zaib bin Ngah,Ketua Unit Dakwah dan Kepimpinan,Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.Johan bagi setiap kategori dalam majlis ini akan mewakili zon Selatan ke MTQ peringkat daerah Kuala Langat pada 3 April 2010.Kepada semua peserta tahniah diucapkan.
Pada 12 hingga 14 Mac 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 yang telah disertai seramai lebih kurang 90 orang murid tahun 4,5 dan 6.Pada tahun ini,Persatuan Tunas Puteri telah diberi kepercayaan selaku penganjur merangkap penyelaras perkhemahan.Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) Unit Morib yang banyak membantu kepada kelancaran program.Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan di antaranya ialah 'Night Walking', jungle tracking,latihan kawad dan perbarisan,persembahan malam kebudayaan dan demonstrasi latihan menyelamat.Para peserta mendapat banyak pendedahan sepanjang perkhemahan ini termasuklah dapat menerapkan semangat kerjasama dan setiakawan disamping memupuk sifat keberanian dalam diri.Perkhemahan yang berlangsung dengan jayanya ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh En.Mohd Nadzri Othman,Guru Besar SK Batu Laut.