



25 September 2009, Jumaat. Sekolah Kebangsaan telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Raya secara besar-besaran peringkat sekolah. Pelbagai acara menarik turut diatur pada hari tersebut antaranya adalah pertandingan karaoke lagu raya, pertandingan busana raya dan juga acara jamuan raya secara beramai-ramai. Turut juga diadakan pada hari tersebut adalah persembahan di kalangan pelajar sekolah kebangsaan batu laut. Dapat dilihat pada hari tersebut semua guru, kakitangan dan pelajar segak dan bergaya dalam pelbagai busana. Di hujungan acara turut diadakan sesi fotografi dikalngan guru dan kakitangan sk batu laut. Diharapkan pada masa akan datang sambutan tersebut akan lebih meriah lagi dengan pelbagai acara dan persembahan.
17 September 2009, Khamis. Sekali lagi 3 program dirangkum dijalankan dalam satu majlis dimana Sambutan Kemerdekaan,Ihya Radhan dan Minggu Pusat Sumber diadakan di Dewan Dato' Hj. Suhaimi. Program ini dijalankan bagi meraikan penutup sambutan kemerdekaan sekolah disamping Majlis Qhatam Quran dan Penutup bagi Minggu Pusat Sumber.
Pada 4 September 2009, Jumaat, 7.30 malam. PIBG dengan Kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan program 3 serangkai dimana pada malam tersebut telah diadakan Program Bacaan Yassin, Majlis Berbuka Puasa dan Meraikan Anak Yatim SK Batu Laut, usaha murni ini juga diharap mampu mengeratkan silaturrahim dikalangan guru, ibu bapa dan anggota PIBG.
Pada 24 Ogos 2009 telah diadakan program Zoom A, dimana semua murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2009 termasuk 17 murid Excellent 5A telah menghadirinya. Program ini telah di jayakan oleh fesilitator schoolnet dan guru-guru darjah 6 terutama Puan Salina. Mata pelajaran yang diikuti mereka ialah Bahasa Malaysia.
VIDEO
Satu program senamrobik telah diadakan pada pagi Jumaat bersamaan 7 Agos 2009 bertempat di dataran sekolah. Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dikendalikan guru-guru SKBL dan semua murid-murid dari pra sekolah hingga darjah 6 telah menyertai program ini. Berikut dipaparkan gambar sewaktu program dijalankan. Terima kasih kepada semua guru dan murid di atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan.
