Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2010 telah berjalan dengan lancar menyaksikan murid-murid baru tahun 1 SK Batu Laut yang sebelum ini terlibat dengan hari orientasi telah memulakan persekolahan mereka pada hari tersebut.Seawal 7.00 pagi ibu bapa telah menghantar anak mereka ke sekolah.Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan.Bagi murid-murid tahun 2 hingga 6 proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dijalankan seawal hari pertama walaupun guru-guru sibuk menguruskan sususan kelas dan pembayaran yuran.Kepada warga SK Batu Laut,diucapkan selamat belajar denagan azam dan semangat baru.Semoga tahun 2010 ini memberi kejayaan dan kecemerlangan buat SK Batu Laut.
Program tersebut akan diadakan pada 2 Januari 2010 ( hari Sabtu ) bermula jam 8.30 pagi bertempat di SK Batu Laut.Ibu/bapa/penjaga yang ingin membuat pembayaran yuran boleh terus berurusan dengan guru kelas yang telah ditetapkan.Sebarang kemusykilan boleh terus merujuk ke Pejabat SK Batu Laut pada waktu pejabat.
20 November 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009.Justeru,satu majlis Wada ( perpisahan ) telah diadakan bersama-sama guru-guru dan murid SK batu Laut.Majlis dimulai dengan ucapan Us.Muhammad Ashari Jumingan selaku Guru Disiplin dikuti dengan majlis bersalam-salaman antar murid dan guru diiringi alunan Selawat.Kepada seluruh warga SK Batu Laut,diucapkan selamat bercuti dan kepada murid-murid tahun 6,selamat menempuh alam baru di sekolah menengah.Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anda.
Guru-guru berpelukan dan bersalaman
Pada 19 November 2009 yang lalu,satu majlis meraikan persaraan salah seorang kakitangan SK Batu Laut iaitu En. Zainuddin bin Adnan telah diadakan.Beliau yang merupakan Pembantu Am Rendah ( PAR ) telah berkhidmat dalam jawatan tersebut selam 40tahun iaitu sejak tahun 1969 dan merupakan satu jangka masa yang lama.Sewaktu ucapan aluannya,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan kerana telah mengadakan majlis tersebut.Beliau juga menyatakan walaupun telah bersara daripada tugas,namun beliau akan tetap menyumbang khidmat bakti kepada sekolah sekiranya diperlukan.Kepada En Zainudddin,kami warga SK Batu Laut mengucapkan selamat bersara dan semoga bahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.
Murid-murid turut serta meraikan majlis.
Pada 18 November 2009,SK Batu Laut telah mengadakan Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan 2009 bagi mengiktiraf kejayaan dan pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid sekolah ini.Majlis pada tahun ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Hj Mohd Satim bin Diman,ADUN Sri Serdang yang juga merupakan bekas murid SK Batu Laut pada tahun 60 an.Turut hadir dalam majlis ini ialah beberapa orang bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya dan menempa nama di dalam bidang masing-masing.Turut serta ialah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat di sekitar Kampung Batu Laut.
Majlis dimulai pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Ashari bin Jumingan diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG En Alias bin Atimin.Seterusnya disusuli dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Batu Laut,En Jamin bin Walim sebelum ucapan perasmian oleh YB Dato' disusuli majlis penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya meliputi pelbagai bidang.
1. Tokoh Murid ( Lelaki ) : Mohd Azani bin Zaharudin
2. Tokoh Murid ( Perempuan ) : Nasihah Sakinah bt Saadon
3. Tokoh Ko Kurikulum ( Lelaki ) : Mohd Fauzan bin Ismail
4. Tokoh Ko Kurikulum ( Perempuan ) : Noraqilah Shahirah bt Abd Aziz
5. Anugerah Khas Murid : Norhidayah bt Razali
Majlis anugerah yang disifatkan antara yang paling meriah dalam sejarah penganjurannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibubapa.Semoga majlis akan menyuntik semangat kepada murid-murid yang lain untuk mencipta kejayaan pada masa-masa akan datang.
YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya.
Pelbagai program dilaksanakan sepanjang minggu khusus untuk mengisi ruang yang terluang bagi murid tahun 6 usai peperiksaan UPSR yang bakal diumumkan pada 19.11.2009 nanti.Diantara program yang dilaksanakan ialah :












