Bertempat di Dewan Dato' Suhaimi SK Batu Laut Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 telah diadakan dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamad,ahli parlimen Sepang.Mesyuarat Agong ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,Tuan Haji Talib bin Hamid dan juga para tetamu jemputan serta para penjaga murid SK Batu Laut.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua PIBG SK Batu Laut,En Alias bin Atimin dan ucapan aluan oleh Guru Besar SK Batu Laut,En Mohd Nadzri bin Othman sebelum ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Zin.Di dalam ucapannya,beliau menyeru kepada seluruh warga SK Batu Laut termasuk ibu bapa penjaga untuk bersama-sama menggembeleng tenaga bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah serta menjadikan SK Batu Laut setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain di daerah Kuala Langat.Di dalam majlis ini juga YB Ahli Parlimen Sepang telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPSR kepada calon cemerlang UPSR SK Batu Laut 2009 dan juga hadiah penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2009.
Setelah selesai jamuan majlis diteruskan dengan sesi persidangan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 dipengerusikan oleh En. Rozli bin Haji Omar selaku Setiausaha PIBG SK Batu Laut.Mesyuarat ini mendapat respon yang amat baik daripada para penjaga dengan pelbagai isu dan cadangan yang dilontarkan dan dibahaskan untuk memajukan lagi SK Batu Laut.Majlis ini berjalan dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan tamat pada jam 1.15 tengahari.

Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, March 3, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2