Pada 17 Mei 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah.Bertemakan ' Guru Pembina Negara Bangsa ',sambutan ini turut diadakan serentak di seluruh negara.Di peringkat SK Batu Laut,majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi disusuli majlis bacaan Yasin dan Tahlil bagi memperingati jasa guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.Turut serta di dalam majlis ini ialah YDP PIBG,En. Alias bin Atimin serta ahli jawatankuasa PIBG yang lain.Majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Nordiana bt Abd Rani dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En.A.Murugaananthan.Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan khas Hari Guru oleh warga guru SK Batu Laut yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu ' Guru Malaysia' dan 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
Sambutan pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan warga guru dan staf dan juga persembahan karoake sebelum sebuah persembahan khas oleh murid-murid SK Batu Laut.Sambutan Hari Guru peringkat SK Batu Laut berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan majlis jamuan kesyukuran di kantin sekolah.Sambutan Hari Guru tahun ini juga telah menobatkan Puan Nisi Fazirawati Mohd Ghazali dan Puan Haslina Hamid sebagai peneriam anugerah 'Guru Paling Disayangi Murid'.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Monday, May 24, 2010
0 comments
categories: | edit post


Kami warga SK Batu Laut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2010 kepada semua warga pendidikan di seluruh Malaysia.Bersama-samalah kita menghayati tema " Guru Pembina Negara Bangsa".Semoga tema hari guru pada tahun akan menjadi pemangkin untuk kita terus menghayati tanggungjawab yang telah diamanahkan.Selamat Maju Jaya!

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Monday, May 10, 2010
0 comments
categories: | edit post

Bertarikh 9 hingga 11 April 2010 yang lalu,pihak SK Batu Laut dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Kampung Fikri,Sungai Tong Setiu Terengganu.Lawatan ini disertai seramai 43 orang deligasi dan diketuai oleh En.Mohd Nadzri Othman selaku Guru Besar SK Batu Laut dan juga En Alias Atimin selaku YDP PIBG SK Batu Laut.Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan rahsia kejayaan yang telah diraih oleh SK Kampung Fikri yang merupakan sekolah terbaik di negeri Terengganu dan salah satu sekolah terbaik di Malaysia dalam pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ).Banyak maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada lawatan tersebut.Selain itu juga,ahli rombongan sempat meluangkan masa untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar negeri Terengganu.Semoga lawatan penanda aras ini akan menjadi pendorong kepada warga SK Batu Laut untuk mencontohi SK Kampung Fikri dalam meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan UPSR.




Foto kenangan bersama Guru Besar SK Kampung Fikri.

Lawatan ke Masjid Kristal.

Mural SK Kampung Fikri.


Berlatar belakangkan Sungai Terengganu.

Bersama warga SK Kampung Fikri


Lawatan ke kelas calon-calon UPSR SK Kampung Fikri 2010.

Rombongan SK Batu Laut dihidangkan jamuan istimewa oleh pihak sekolah.


En.Mohd Nadzri menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Pn.Zakiah,Guru Besar SK Kampung Fikri.

Ucapan balas oleh Guru Besar SK Batu Laut.

Deligasi SK Batu Laut sedang mengikuti taklimat dan penerangan daripada Guru Besar SK Kampung Fikri.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Tuesday, April 20, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 27 Mac 2010 Sk Batu Laut telah menjadi tuan rumah Majlis Tadarus al Quran ( MTQ ) peringkat zon Selatan ( 1 ) yang melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Morib,SK Tanjung Sepat dan SK Kampung Endah.Sebanyak 3 buah acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah al Quran,Hafazan al Quran dan Bercerita Kisah Dari al Quran.Majlis ini telah dirasmikan oleh YGBHG Ustaz Zaib bin Ngah,Ketua Unit Dakwah dan Kepimpinan,Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.Johan bagi setiap kategori dalam majlis ini akan mewakili zon Selatan ke MTQ peringkat daerah Kuala Langat pada 3 April 2010.Kepada semua peserta tahniah diucapkan.


Petugas di yang membantu mengendalikan acara.

Peserta acara bercerita.

Seorang peserta tilawah al Quran sedang memperdengarkan bacaan.


Acara hafazan al Quran

Para hakim yang bertugas sedang mengadakan muzakarah.

Sebahagian guru pengiring turut serta pada majlis penutup.

Ucapan perasmian penutup oleh Ustaz Zaib Ngah,Ketua Unit Dakwah Kepimpinan,BPI Kem Pelajaran Malaysia

Persembahan selingan oleh kumpulan nasyid SK Batu Laut sebelum keputusan diumumkan.

Salah seorang peserta menerima hadiah.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, April 4, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 12 hingga 14 Mac 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 yang telah disertai seramai lebih kurang 90 orang murid tahun 4,5 dan 6.Pada tahun ini,Persatuan Tunas Puteri telah diberi kepercayaan selaku penganjur merangkap penyelaras perkhemahan.Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) Unit Morib yang banyak membantu kepada kelancaran program.Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan di antaranya ialah 'Night Walking', jungle tracking,latihan kawad dan perbarisan,persembahan malam kebudayaan dan demonstrasi latihan menyelamat.Para peserta mendapat banyak pendedahan sepanjang perkhemahan ini termasuklah dapat menerapkan semangat kerjasama dan setiakawan disamping memupuk sifat keberanian dalam diri.Perkhemahan yang berlangsung dengan jayanya ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh En.Mohd Nadzri Othman,Guru Besar SK Batu Laut.








Guru pun tak ketinggaan..

Suasana di meja pendaftaran.

Ikhtiar hidup..masak ke telur tu?

Pelbagai cara digunakan.Asalkan telur tu masak.

Slot yang amat mengujakan peserta.'Operasi' menangkap ular.Dibimbing oleh anggota JPAM.

Persembahan malam kebudayaan.

Persembahan syair oleh sebuah kumpulan yang mengambil bahagian.

Guru Besar SK Batu Laut sedang memeriksa perbarisan.

Perbarisan dan kawad oleh peserta pada majlis penutup.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post




Pada 15 hingga 18 Mac 2010, SK Batu Laut telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Penceramah-penceramah yang mengendalikan bengkel ini terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa kertas UPSR dari sekitar daerah Kuala Langat. Bengkel ini diadakan khusus untuk matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. Seramai 110 calon UPSR dan beberapa orang pelajar dari Tahun 4 dan Tahun 5 menghadiri bengkel yang diadakan selama empat hari itu.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, March 21, 2010
1 comments
categories: | edit post

















Bertempat di Dewan Dato' Suhaimi SK Batu Laut Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 telah diadakan dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamad,ahli parlimen Sepang.Mesyuarat Agong ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,Tuan Haji Talib bin Hamid dan juga para tetamu jemputan serta para penjaga murid SK Batu Laut.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua PIBG SK Batu Laut,En Alias bin Atimin dan ucapan aluan oleh Guru Besar SK Batu Laut,En Mohd Nadzri bin Othman sebelum ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Zin.Di dalam ucapannya,beliau menyeru kepada seluruh warga SK Batu Laut termasuk ibu bapa penjaga untuk bersama-sama menggembeleng tenaga bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah serta menjadikan SK Batu Laut setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain di daerah Kuala Langat.Di dalam majlis ini juga YB Ahli Parlimen Sepang telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPSR kepada calon cemerlang UPSR SK Batu Laut 2009 dan juga hadiah penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2009.
Setelah selesai jamuan majlis diteruskan dengan sesi persidangan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 dipengerusikan oleh En. Rozli bin Haji Omar selaku Setiausaha PIBG SK Batu Laut.Mesyuarat ini mendapat respon yang amat baik daripada para penjaga dengan pelbagai isu dan cadangan yang dilontarkan dan dibahaskan untuk memajukan lagi SK Batu Laut.Majlis ini berjalan dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan tamat pada jam 1.15 tengahari.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, March 3, 2010
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2