Pada hari Jumaat ( 29 Januari 2010 ),satu majlis meraikan guru dan kakitangan SK Batu Laut telah diadakan bertempat di kantin sekolah.Majlis yang diadakan 2 dalam 1 anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ( KKGK ) ini adalah untuk meraikan guru dan kakitangan baru di SK Batu Laut dan juga meraikan perpisahan guru dan kakitangan yang bertukar ke tempat baru.Mereka yang diraikan sebagai guru dan kakitangan baru ialah Guru Besar SK Batu Laut ,En Mohd Nadzri bin Othman ( sebelum ini bertugas di PPD Kuala Langat ), En.Muruganathan a/l Arimugan ( guru baru KPLI Bahasa Inggeris / Matematik ),Puan Nordiana bt Abd Rani ( guru baru KPLI Pemulihan ) dan En Shahrul Izwan bin Mohd Arif ( Pembantu Am Pejabat ).Manakala mereka yang diraikan dalam majlis perpisahan ialah mantan Guru Besar SK Batu Laut En Jamin bin Walim ( sekarang bertugas di PPD Kuala Langat ),En. Ahmad Firdaus ( bertukar ke Yan,Kedah ) dan Puan Misdah bt Salimen ( bertukar ke SK Morib ).
Majlis yang dipengerusikan oleh En. Aminuddin Hj. Sarmiran dimulai dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ashari Jumingan diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar SK Batu Laut dan disusuli dengan ucapan mereka yang diraikan.Majlis juga diserikan dengan paparan slide show yang mengisahkan nostalgia dan kenangan guru dan kakitangan SK Batu Laut.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebelum para hadirin menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Kepada guru dan kakitangan baru,diucapkan selamat datang ke SK Batu Laut dan kepada mereka bertukar,selamat tinggal dan selamat bertugas di tempat baru dengan membawa pengalaman dan kenangan di SK Batu Laut.Semoga berjaya!
Mantan Guru Besar,En Jamin menerima cenderamata daripada Tuan Guru Besar
0 comments