NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ),satu kempen yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk amalan membaca dikalangan murid sekolah.Justeru,untuk menyahut kempen tersebut,SK Batu Laut menerusi Unit Pusat Sumber Sekolah di bawah kendalian Puan Azizah bt Ibrahim telah mengadakan pelancaran Program NILAM 2010 peringkat SK Batu Laut pada 2 Februari 2010 yang lalu.Majlis ini dimulakan dengan ucapan penyelaras program NILAM iaitu Puan Azizah bt Ibrahim disusuli ucapan perasmian oleh En. Mohd Nadzri bin Othman Guru Besar SK Batu Laut yang seterusnya memalu drum sebagai simbolik kepada majlis pelancaran tersebut.Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh murid-murid tahun 4Semoga dengan pelancaran ini akan dapat memupuk minat membaca di kalangan warga SK Batu Laut.
0 comments