Pada 9 Julai 2010 yang lepas,SK Batu Laut melalui Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis ceramah Israk Mikraj bagi tahun 2010.Program tersebut merupakan salah satu agenda di dalam program menyambut Hari-hari Kebesaran Islam.Majlis ceramah ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid mengenai salah satu peristiwa penting di dalam sejarah kehidupan Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj.Penceramah jemputan pada majlis ini ialah Ustazah Norsaadah bt.Hj.Mohd Basiron,Guru j-QAF dari SK Sungai Lang Tengah.Banyak maklumat dan percambahan ilmu yang disampaikan oleh penceramah berkisar tentang peristiwa Israk Mikraj tersebut.Semoga majlis ini dapat diambil iktibar dan pedoman oleh semua.
0 comments