Pada 6 Julai 2010 yang lalu,Kelab Guru dan Kakitangan ( KGKK ) Sk Batu Laut telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Kelab Guru dan Kakitangan SMK Batu Laut bertempat di Dewan Permata SMK Batu Laut.Perlawanan yang telah lama dirancang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahmi antara kedua buah sekolah yang berjiran.Sebelum perlawanan dimulakan,majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan daripada wakil kedua-dua pasukan dan majlis bertukar-tukar cenderamata.
Perlawanan badminton ini turut diserikan dengan kehadiran Guru Besar SK Batu Laut,En.Mohd Nadzri Othman dan En.Zailani selaku Pen Kanan HEM SMK Batu Laut.Pada perlawanan tersebut seramai 5 buah regu telah mengambil bahagian dan berkesudahan dengan SMK Batu Laut menewaskan SK Batu Laut dengan keputusan 3-1.Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi di antara kedua-dua buah sekolah.Program yang bermula pada jam 8.30 malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.
0 comments