Bertempat di kantin SK Batu Laut,pada 15 Januari 2011 yang lalu telah diadakan majlis perpisahan dan meraikan guru SK Batu Laut tahun 2011.Majlis perpisahan ini diadakan kerana beberapa orang guru sekolah ini telah bertukar ke sekolah lain.Mereka ialah Puan Hajjah Azizah bt Ibrahim yang bertukar ke SJKC Chong Hwa Banting,Puan Norsidah bt.Buang dan Puan Mariam bt Abd Ralip bertukar ke SJKC Tanjung Sepat, Cik Amizah bt Ramlan bertukar ke SK Bandar Banting,Puan Hajjah Zaliha bt. Kasni ke SJKT Ladang Gadong,Puan Mazlina bt Burhan bertukar ke SK Sri Maimun,Segamat Johor dan En.Murugananthan bertukar ke SK La Salle Petaling Jaya.Manakala guru baru yang diraikan ialah En.Ahmad Ridwan,guru KPLI dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa dan En K.Ravindran guru KPLI dari IPGM Kampus Teknik.
Pada 24 September 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri 1431 H.Pelbagai acara telah disusun seperti persembahan lagu-lagu hari raya,persembahan pentomin dan sebagainya.Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran AJK PIBG yang turut memeriahkan majlis.Majlis diakhiri dengan jamuan kuih raya yang dibawa oleh murid.
Kami seluruh warga SK batu Laut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Kullu Am Wa Antum Bikhair.Minal Aidin Wal Faizin.
Pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 yang lalu,bertempat di gelanggang bola tampar SK Batu Laut,telah dilancarkan Program Sambutan Ihya Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh keberkatan.
Pada 9 Julai 2010 yang lepas,SK Batu Laut melalui Panatia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis ceramah Israk Mikraj bagi tahun 2010.Program tersebut merupakan salah satu agenda di dalam program menyambut Hari-hari Kebesaran Islam.Majlis ceramah ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid mengenai salah satu peristiwa penting di dalam sejarah kehidupan Rasulullah SAW iaitu Israk dan Mikraj.Penceramah jemputan pada majlis ini ialah Ustazah Norsaadah bt.Hj.Mohd Basiron,Guru j-QAF dari SK Sungai Lang Tengah.Banyak maklumat dan percambahan ilmu yang disampaikan oleh penceramah berkisar tentang peristiwa Israk Mikraj tersebut.Semoga majlis ini dapat diambil iktibar dan pedoman oleh semua.
Pada 6 Julai 2010 yang lalu,Kelab Guru dan Kakitangan ( KGKK ) Sk Batu Laut telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Kelab Guru dan Kakitangan SMK Batu Laut bertempat di Dewan Permata SMK Batu Laut.Perlawanan yang telah lama dirancang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahmi antara kedua buah sekolah yang berjiran.Sebelum perlawanan dimulakan,majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan daripada wakil kedua-dua pasukan dan majlis bertukar-tukar cenderamata.
Sambutan pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan warga guru dan staf dan juga persembahan karoake sebelum sebuah persembahan khas oleh murid-murid SK Batu Laut.Sambutan Hari Guru peringkat SK Batu Laut berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan majlis jamuan kesyukuran di kantin sekolah.Sambutan Hari Guru tahun ini juga telah menobatkan Puan Nisi Fazirawati Mohd Ghazali dan Puan Haslina Hamid sebagai peneriam anugerah 'Guru Paling Disayangi Murid'.







