Pada 12 hingga 14 Mac 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 yang telah disertai seramai lebih kurang 90 orang murid tahun 4,5 dan 6.Pada tahun ini,Persatuan Tunas Puteri telah diberi kepercayaan selaku penganjur merangkap penyelaras perkhemahan.Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) Unit Morib yang banyak membantu kepada kelancaran program.Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan di antaranya ialah 'Night Walking', jungle tracking,latihan kawad dan perbarisan,persembahan malam kebudayaan dan demonstrasi latihan menyelamat.Para peserta mendapat banyak pendedahan sepanjang perkhemahan ini termasuklah dapat menerapkan semangat kerjasama dan setiakawan disamping memupuk sifat keberanian dalam diri.Perkhemahan yang berlangsung dengan jayanya ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh En.Mohd Nadzri Othman,Guru Besar SK Batu Laut.








Guru pun tak ketinggaan..

Suasana di meja pendaftaran.

Ikhtiar hidup..masak ke telur tu?

Pelbagai cara digunakan.Asalkan telur tu masak.

Slot yang amat mengujakan peserta.'Operasi' menangkap ular.Dibimbing oleh anggota JPAM.

Persembahan malam kebudayaan.

Persembahan syair oleh sebuah kumpulan yang mengambil bahagian.

Guru Besar SK Batu Laut sedang memeriksa perbarisan.

Perbarisan dan kawad oleh peserta pada majlis penutup.


Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, April 4, 2010
0 comments
categories: | edit post




Pada 15 hingga 18 Mac 2010, SK Batu Laut telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Penceramah-penceramah yang mengendalikan bengkel ini terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa kertas UPSR dari sekitar daerah Kuala Langat. Bengkel ini diadakan khusus untuk matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. Seramai 110 calon UPSR dan beberapa orang pelajar dari Tahun 4 dan Tahun 5 menghadiri bengkel yang diadakan selama empat hari itu.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Sunday, March 21, 2010
1 comments
categories: | edit post

















Bertempat di Dewan Dato' Suhaimi SK Batu Laut Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 telah diadakan dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamad,ahli parlimen Sepang.Mesyuarat Agong ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,Tuan Haji Talib bin Hamid dan juga para tetamu jemputan serta para penjaga murid SK Batu Laut.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua PIBG SK Batu Laut,En Alias bin Atimin dan ucapan aluan oleh Guru Besar SK Batu Laut,En Mohd Nadzri bin Othman sebelum ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Zin.Di dalam ucapannya,beliau menyeru kepada seluruh warga SK Batu Laut termasuk ibu bapa penjaga untuk bersama-sama menggembeleng tenaga bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah serta menjadikan SK Batu Laut setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain di daerah Kuala Langat.Di dalam majlis ini juga YB Ahli Parlimen Sepang telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPSR kepada calon cemerlang UPSR SK Batu Laut 2009 dan juga hadiah penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2009.
Setelah selesai jamuan majlis diteruskan dengan sesi persidangan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 dipengerusikan oleh En. Rozli bin Haji Omar selaku Setiausaha PIBG SK Batu Laut.Mesyuarat ini mendapat respon yang amat baik daripada para penjaga dengan pelbagai isu dan cadangan yang dilontarkan dan dibahaskan untuk memajukan lagi SK Batu Laut.Majlis ini berjalan dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan tamat pada jam 1.15 tengahari.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Wednesday, March 3, 2010
0 comments
categories: | edit post

Seramai lebih kurang 70 orang murid tahun 1 SK Batu Laut telah menyertai program Kem Bestari Solat siri 1 pada 13 Februari 2010 yang lalu.Pada program ini,murid-murid didedahkan dengan cara-cara berwudhuk secara teori dan amali.Program ini dikendalikan oleh Panatia Pendidikan Islam di mana guru Pendidikan Islam bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing para peserta.Di antara pengisian program tersebut ialah tayangan video,ceramah dan juga amali wudhuk.Program yang bermula pada jam 8.00 itu berakhir pada jam 12.30 tengahari.





Aktiviti di dalam kumpulan.

Seorang peserta perempuan sedang melakukan amali wudhuk.

Amali wudhuk.


Para peserta sedang khusuk menyaksikan tayangan video.

Ustaz Muhammad Ashari sedang menyampaikan ceramah dan penerangan.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Friday, February 26, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 12 Februari 2010 yang lalu,Unit Ko Kurikulum telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa 2010 peringkat sekolah.Kejohanan ini bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah Kuala Langat disamping melahirkan murid yang cerdas dan cergas dalam bidang sukan.Kejohanan bermula jam 7.30 pagi dengan taklimat kejohanan oleh Setiausaha sukan sekolah,En.Mahadi bin Hamid.Sejurus selepas itu,En.Murugaanathan telah mengetuai acara 'warming up' sebelum para peserta dilepaskan mengikut tahun.Upacara pelepasan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Batu Laut,En.Mohd Nadzri bin Othman.Para peserta dikehendaki melalui 7 check point yang telah ditetapkan oleh urusetia kejohanan yang diawasi oleh marshal dan guru yang bertugas.Turut serta membantu di dalam kejohanan ini ialah pihak Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) Balai Polis Tanjung Sepat yang memantau keselamatan serta kelancaran kejohanan dan juga anggota Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPAM ) unit Morib beserta satu unit kenderaan kecemasan ( RESCUE ) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Batu Laut ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada 20 pemenang terbaik dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Batu Laut menyaksikan Rumah Kuning ( Temenggong ) dinobatkan sebagai johan keseluruhan.Syabas diucapkan kepada yang berjaya.Yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.










Urusetia mencatat masa yang diperolehi oleh peserta yang bertanding.

En.Rozli Omar..Salah seorang marshal yang bertugas.

Peserta kejohanan merentas desa sedang berlari di trek kejohanan.

Para peserta sedang membuat aktiviti 'warming up'.


Acara memakaikan nombor peserta.








Ambulan JPAM..Menghadapi sebarang kemungkinan.














Para peserta dilepaskan di garisan permulaan.



















Antara guru yang bertugas di check point.









Murid-murid tahap 1 menanti kehadiran peserta di garisan penamat.

Seorang peserta yang cedera sedang dirawat oleh anggota JPAM.

Cikgu Aminuddin mengendalikan majlis penyampaian hadiah.

Majlis penutupan oleh Tuan Guru Besar.

Salah seorang peserta yang berjaya menerima hadiah daripada PK Koku,Puan Rosnah.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Saturday, February 20, 2010
0 comments
categories: | edit post

Pada 8 dan 9 Februari 2010 yang lalu,Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan program Pencegahan Antidadah peringkat sekolah.Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai bahaya najis dadah.Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung.Ini termasuklah gimik majlis pelancaran,cewramah daripada AADK,pertandingan mewarna,melukis poster dan sayembara sajak.Semoga program ini memberikan banyak maklumat dan pengetahuan kepada warga SKBL mengenai bahaya najis dadah.







Murid-murid SKBL mengikuti majlis pelancaran dengan penuh khusyuk.

Pendeklamsian sajak oleh En.Aminuddin dan Puan Maheram yang menyentuh jiwa audien.

Guru-guru bersama banner program.


'Model-model' bersama replika najis dadah.



Tuan Guru Besar membakar replika rokok sebagai simbolik kepada kempen memerangi najis dadah peringkat sekolah.




En.Muruganathan bersama rokok yang akan dimusnahkan.


Banner Program Pencegahan Dadah.

Hari kedua program diisi dengan ceramah pencegahan dadah oleh pihak AADK.

Read More
Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on
0 comments
categories: | edit post

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2