Pada 12 Februari 2010 yang lalu,Unit Ko Kurikulum telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa 2010 peringkat sekolah.Kejohanan ini bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah Kuala Langat disamping melahirkan murid yang cerdas dan cergas dalam bidang sukan.Kejohanan bermula jam 7.30 pagi dengan taklimat kejohanan oleh Setiausaha sukan sekolah,En.Mahadi bin Hamid.Sejurus selepas itu,En.Murugaanathan telah mengetuai acara 'warming up' sebelum para peserta dilepaskan mengikut tahun.Upacara pelepasan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Batu Laut,En.Mohd Nadzri bin Othman.Para peserta dikehendaki melalui 7 check point yang telah ditetapkan oleh urusetia kejohanan yang diawasi oleh marshal dan guru yang bertugas.Turut serta membantu di dalam kejohanan ini ialah pihak Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) Balai Polis Tanjung Sepat yang memantau keselamatan serta kelancaran kejohanan dan juga anggota Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPAM ) unit Morib beserta satu unit kenderaan kecemasan ( RESCUE ) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Batu Laut ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada 20 pemenang terbaik dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Batu Laut menyaksikan Rumah Kuning ( Temenggong ) dinobatkan sebagai johan keseluruhan.Syabas diucapkan kepada yang berjaya.Yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Ambulan JPAM..Menghadapi sebarang kemungkinan.
Para peserta dilepaskan di garisan permulaan.
0 comments