Pada 27 Mac 2010 Sk Batu Laut telah menjadi tuan rumah Majlis Tadarus al Quran ( MTQ ) peringkat zon Selatan ( 1 ) yang melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Morib,SK Tanjung Sepat dan SK Kampung Endah.Sebanyak 3 buah acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah al Quran,Hafazan al Quran dan Bercerita Kisah Dari al Quran.Majlis ini telah dirasmikan oleh YGBHG Ustaz Zaib bin Ngah,Ketua Unit Dakwah dan Kepimpinan,Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.Johan bagi setiap kategori dalam majlis ini akan mewakili zon Selatan ke MTQ peringkat daerah Kuala Langat pada 3 April 2010.Kepada semua peserta tahniah diucapkan.
Pada 12 hingga 14 Mac 2010 yang lalu,SK Batu Laut telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 yang telah disertai seramai lebih kurang 90 orang murid tahun 4,5 dan 6.Pada tahun ini,Persatuan Tunas Puteri telah diberi kepercayaan selaku penganjur merangkap penyelaras perkhemahan.Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) Unit Morib yang banyak membantu kepada kelancaran program.Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan di antaranya ialah 'Night Walking', jungle tracking,latihan kawad dan perbarisan,persembahan malam kebudayaan dan demonstrasi latihan menyelamat.Para peserta mendapat banyak pendedahan sepanjang perkhemahan ini termasuklah dapat menerapkan semangat kerjasama dan setiakawan disamping memupuk sifat keberanian dalam diri.Perkhemahan yang berlangsung dengan jayanya ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh En.Mohd Nadzri Othman,Guru Besar SK Batu Laut.
Pada 15 hingga 18 Mac 2010, SK Batu Laut telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Penceramah-penceramah yang mengendalikan bengkel ini terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa kertas UPSR dari sekitar daerah Kuala Langat. Bengkel ini diadakan khusus untuk matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. Seramai 110 calon UPSR dan beberapa orang pelajar dari Tahun 4 dan Tahun 5 menghadiri bengkel yang diadakan selama empat hari itu.
Seramai lebih kurang 70 orang murid tahun 1 SK Batu Laut telah menyertai program Kem Bestari Solat siri 1 pada 13 Februari 2010 yang lalu.Pada program ini,murid-murid didedahkan dengan cara-cara berwudhuk secara teori dan amali.Program ini dikendalikan oleh Panatia Pendidikan Islam di mana guru Pendidikan Islam bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing para peserta.Di antara pengisian program tersebut ialah tayangan video,ceramah dan juga amali wudhuk.Program yang bermula pada jam 8.00 itu berakhir pada jam 12.30 tengahari.
