Pada 6 Februari 2010 ( Sabtu )yang lalu,PIBG SK Batu Laut dengan kerjasama Unit Keceriaan sekolah telah mengadakan 'Program Gotong Royong Perdana' yang melibatkan seluruh warga sekolah beserta ibu bapa dan penjaga murid.Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan taklimat dan pembahagian tugas oleh Ustaz Suhaimi Salim selaku penyelaras dan seterusnya sarapan pagi sebelum kerja-kerja gotong royong dijalanka.Fokus utama semasa gotong royong ini ialah kerja mengecat dan mengindahkan kawsaan sekolah.Gotong royong tersebut juga mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) unit Morib yang membantu dalam kerja-kerja menebang pokok dan membersihkan kawasan sekolah.Program tamat pada jam 12.00 tengahari.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Anggota JPAM turut membantu kerja gotong royong.
Kaum ibu juga tidak ketinggalan.

Kerja mengecat disempurnakan oleh kaum bapa.

Menjamu selera sebelum memulakan tugas.


Taman herba juga tidak ketinggalan untuk diperindahkan.


Wajah baru landskap sekolah seusai kerja gotong royong.


Posted by SK BATU LAUT, TANJUNG SEPAT on Friday, February 19, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

INFO SEKOLAH

My photo
TANJUNG SEPAT, SELANGOR, Malaysia
Tel : 03-31481276

WAKTU SEKARANG

UPSR 2011

ICTL

JUMLAH PENGUNJUNG

BINCANG2 N SEMBANG2

GURU2 & RAKAN2